Friday, 16 December 2011

Fasal 10





Pelikkan makanan di atas? Menu di atas adalah Rendang Hijau Burung Puyuh? Adakah anda pernah mncubanya? hmmm..sedap... Di sini saya ada melampirkan resepi untuk anda yang mahu mencubanya. Saya turut memasukkan menu ini ke dalam cerpen pertama saya yang telah dihadangkan khas oleh Safiya Balqis...



Resepi: Rendang hijau burung puyuh


Bahan-bahan :
burung puyuh (3 ekor )

Bahan A (dikisar)
minyak masak (20ml )
bawang merah (4 ulas )
bawang putih (3 ulas )
halia (2.5cm )
kunyit hidup (2.5cm)
lengkuas (3cm )
serai (2 batang )

Bahan B (dikisar) 
cili padi hijau (15 biji )
cili hijau (5 biji)

Bahan C
kerisik (50 gm )
santan (350 ml )
daun kunyit (dihiris halus) (2 helai )
garam (seculup rasa)
bawang besar (dipotong bulat) ( 2 biji)

Selamat Mencuba!!!

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan A sehingga naik bau dan keperangan
2. Selepas itu masukkan bahan B dan kacau sehingga garing
3. Maukkan burung puyuh dan tambahkan santan
4. Bila sudah mendidih tambahkan kerisik dan hirisan daun kunyit
5. Bila burung puyuh sudah empuk,perasakan dengan garam secukup rasa
6. Hias denagn potongan bawang besar. sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment